Sambung Bayar Kereta Myvi

  • Home
  • Blog
  • Semak Harga Kereta
  • Hubungi Kami
You are here: Home / Archives for tayar

Nov 24 2016

Nak Jual Kereta Myvi Anda? Ini tips bagaimana nak jaga nilai kereta supaya tak susut banyak ketika jual

Setiap hari kami menerima banyak panggilan daripada pemilik kereta Perodua Myvi yang ingin jual kereta Myvi mereka kepada kami. Ada yang nak jual sebab nak upgrade kepada kereta yang lebih besar kerana saiz bilangan ahli keluarga sudah bertambah. Ada yang nak kurangkan komitmen hutang bulanan kereta.

Malah ada yang nak tukar kepada kereta lain kerana sudah bosan. Tak kisahlah apa jua alasan sekalipun. Dalam artikel ini, kami nak kongsikan tips apa nak buat sebelum nak jual Myvi supaya ianya tidak mengalami kesusutan nilai yang sangat dahsyat.

Standardkan semula aksesori dan body kit Myvi anda

kereta-sambung-bayar-myvi-standard-2016-2017
Kereta Myvi Standard

Kebanyakan pembeli, mereka tidak mahu kenderaan yang telah melalui modifikasi yang banyak. Terutama sekali bab enjin dan gear box. Tidak kisahlah seganas mana modifikasi yang telah dilakukan, untuk mendapatkan nilai yang bagus, memang kena standard kan semula Myvi anda seperti mana ianya anda dapat sewaktu awal awal beli dahulu.

Sebab itu bila nak ubah suai, jangan buang atau let go komponen dan bodykit standard anda. Simpan! Bila nak jual, boleh pasang balik dan barangan ubah suai boleh dijual berasingan. Baru dapat banyak untung!

Hidupkan cukai jalan (road tax) dan insurans paling kurang 6 bulan

Menjual kereta yang sudah tamat cukai jalan dan insurans akan membuatkan penjual terpaksa absorb harga tersebut dengan mengurangkan harga jualan. Perkara ini sangat tidak best. Apalah sangat nak hidupkan cukai jalan (road tax) dan insurans kereta anda, kan? Kalau kedua-dua ini baru dihidupkan, kita boleh jual lebih sikit. Sebab banyak pembeli malas nak pening kepala. Rata rata lepas bayar deposit, dapat kunci dan terus nak drive dengan hati yang tenang.

Servis enjin, gear box dan air coolant

servis-kereta-myvi-jual-tak-susut-nilai-bank
Servis kereta anda bagi memastikan nilai kereta anda tinggi sewaktu jualan

Alangkah gembira hati pembeli jika dilihat meter next servis menunjukkan baki sekitar 5000km. Nampak disitu si penjual sangat ambil berat dalam penjagaan keretanya. Ditambah pula dengan ayat “Encik jaga kereta ini betul2 ya. Sayanglah ia seperti mana saya sayang semasa saya menjadi Tuannya.” Chewah!

Selain itu, penjagaan keadaan kereta sangat penting sebelum jual kerana kereta pasti akan dipandu uji dulu sebelum jual. Bayangkan kalau minyak hitam kering, gear box kesat & air di intercooler kering ketika di pandu uji? Silap-silap boleh rosak kereta dan satu sen pun tak dapat.

Bayar tunggakan bank

Mempunyai tunggakan bayaran dengan bank juga akan merendahkan nilai jualan sesebuah kereta. Kebanyakan owner yang terdesak, mereka akan jual kereta Myvi mereka yang sudah tertunggak menghampiri 3 bulan. Dan kebanyakan pembeli kereta terutamanya pengusaha kereta terpakai, mereka pasti akan ketuk penjual kaw kaw.

Berbeza dengan kami di SambungBayarKeretaMyvi.com. Kami tetap beli dengan harga sama rata walaupun kereta anda sudah tertunggak 4 bulan. Kasihan sebab ramai yang terdesak dan tak patut rasanya kami mengambil peluang diatas kesusahan orang lain.

Bunga tayar kereta

jual-tayar-kereta-terbaik-myvi
Penjagaan tayar amat penting bagi memastikan kereta selamat dan nilai tidak susut

Kereta yang masih mempunyai bunga tayar yang banyak juga boleh dijadikan selling point untuk jual kereta Myvi anda dengan harga lebih sikit. Sekurangnya bunga tayar tersebut boleh menampung perjalanan untuk 30,000km seterusnya atau setahun, sudah memadai.

Basuh kereta dan polish Myvi anda!

cuci-kereta-dalam-polish-myvi
Cuci dan polish kereta anda mampu tingkatkan nilai kereta sewaktu jual

Ramai ambil ringan untuk memberikan persembahan yang terbaik ketika proses jual beli dilakukan. Siapa nak beli dengan harga mahal kalau kereta baru keluar dari kebun dan berbecak? Jika siap polish, sure mercik dan merelip mata bakal pembeli. Di saat itu jika pembeli sudah menunjukkan minat dan sangat ingin memiliki kereta anda, bermakna anda sudah berjaya.

Jika Tuan atau Puan dalam kalangan pembaca artikel ini ingin menjual Myvi dengan cara yang menguntungkan, kami Team Sambung Bayar Kereta Myvi sentiasa available untuk memberikan khidmat nasihat secara percuma.

Periksa Nilai Kereta Myvi anda!

Akhir sekali, jangan jual kereta Myvi anda selagi anda tidak periksa nilai kereta Myvi anda. Tidak kira sama anda anda mahu upgrade atau downgrade, kami bantu anda dapatkan deposit kereta Myvi anda. Walaupun kereta anda masih ada hutang dengan bank!

Written by keretasam · Categorized: General · Tagged: aksesori, bank, deposit, jual kereta, kereta myvi, servis kereta, tayar

Hubungi kami

Terdapat pertanyaan lanjut tentang sambung bayar kereta? Atau ingin jual kepada kami kereta Myvi anda? Khidmat nasihat PERCUMA!

kereta-myvi-sambung-bayar

Telefon kami di 013-3339369 atau Whatsapp kami terus:

WhatsApp

Blog

  • Nak Jual Kereta Myvi Anda? Ini tips bagaimana nak jaga nilai kereta supaya tak susut banyak ketika jual 11/24/2016
  • Faktor-Faktor Pemilik Myvi Beralih Kepada Kenderaan Lain 09/24/2016
  • Bagaimana jual kereta walau masih ada hutang bank? 08/27/2016
  • Adakah anda layak pakai kereta Myvi? 08/21/2016
  • Apakah situasi yang memerlukan anda menjual kereta anda dengan cara sambung bayar? 08/15/2016
  • Home
  • Blog
  • Semak Harga Kereta
  • Hubungi Kami
Copyright © 2018 FARIZJYA AUTO SDN BHD. Sambung Bayar Kereta Myvi · Dasar Privasi