Apa itu “Sambung Bayar” dalam proses penjualan kereta?
Menjual kereta dengan cara sambung bayar ialah satu proses jual beli kereta yang masih dalam pembiayaan bank di mana pihak pemilik kereta bersetuju untuk menyerahkan hak milik kereta kepada pembeli baru dengan syarat pembeli baru mestilah menyambung pembayaran pembiayaan berjangka sesebuah kereta tersebut sehingga selesai.
Keliru? Tidak mengapa, teruskan membaca…
Situasi yang membuatkan pemilik kenderaan perlu menjual kereta mereka dengan kaedah sambung bayar?
- Ingin mengurangkan komitmen/bebanan/liabiliti/hutang bulanan di kala keadaan ekonomi tidak stabil adalah sebab utama pemilik kereta ingin menjual kereta dengan cara sambung bayar. Dengan cara ini, jumlah komitmen/bebanan/liabiliti/hutang bulanan dapat dikurangkan.
- Kereta yang ingin dijual dengan kaedah tunai tidak dapat menampung pembiayaan berjangka seperti yang termaktub dalam perjanjian bersama pihak bank. Contohnya, sebuah Proton Saga BLM 1.3cc jika dijual tunai, harga semasa ialah RM19,000. Dalam masa yang sama, pembiayaan dengan pihak bank masih ada RM27,000. Bermakna pemilik kenderaan perlu menambah wang berjumlah RM8,000 utk menyelesaikan hutang dan situasi menjual dengan kaedah tunai disini merugikan pemilik kenderaan. Dengan itu, kaedah sambung bayar ialah kaedah terbaik!
- Jika pemilik kenderaan berhadapan dengan situasi tunggakan yang menghampiri kepada proses penarikan kereta. Di situasi ini, kaedah menjual kereta dengan cara sambung amat berkesan sekali kerana kereta boleh dijual dengan cepat dan dalam masa yang sama segala tunggakan akan diselesaikan sekaligus kereta anda tidak akan ditarik.
- Ingin menjual kereta dengan cara yang pantas. Kita sedia maklum, urusan penjualan kereta yang masih dalam pembiayaan bank ialah satu proses yang memakan masa yang lama. Tambahan pula, menjual produk yang mahal harganya seperti kenderaan dan hartanah memang perlu mengambil masa untuk mendapatkan pembeli genuine yang memang mampu. Seperti sedia maklum, kaedah penjualan kereta dengan cara sambung bayar boleh berlaku sepantas 2 jam sahaja dengan cara yang sah disisi perundangan.
- Ingin menyelamatkan nama dari senarai blacklist bank dan bankrapsi. Umum sedia maklum jika nama sudah disenaraihitam atau disenaraibankrap (bankrap jika hutang melebihi RM30,000) oleh pihak bank, banyak perkara tidak dapat dilakukan. Antaranya ialah tidak dapat ke luar negara, harta lain akan dicairkan oleh insolvensi, tidak boleh membuat pinjaman dan sebagainya.
- Kereta sudah ditarik dan sedang berada di stor penyimpanan bank sebelum menunggu untuk dilelong. Ramai tidak tahu, walaupun kereta sudah ditarik, pemilik kenderaan tetap boleh diambil semula dan nama boleh disenaraiputihkan semula. Untuk situasi ini, boleh hubungi pihak kami untuk bimbingan secara terperinci. Kami juga ialah agensi swasta yang dilantik oleh beberapa bank tempatan untuk menguruskan kereta yang sudah berada di stor penyimpanan bank.
- Mempunyai terlalu banyak kereta yang masih dalam pembiayaan bank tetapi tidak menggunakan langsung kesemuanya. Di Malaysia, rata rata mereka suka menukar kenderaan dan ini menjadikan mengumpul kereta juga ialah hobi bagi mereka. Bagi mereka yang ingin melepaskan beberapa koleksi yang mereka sudah tidak gemari, menjual dengan kaedah sambung bayar boleh dilakukan.
- Ingin menjana pendapatan. Ramai tidak tahu jika menjual kereta dengan cara sambung bayar, pemilik kenderaan juga boleh menjana pendapatan bulanan. Antaranya ialah menjual dengan kaedah sambung bayar kepada pengusaha kereta sewa dan pemilik syarikat pelancongan. Setelah penjualan dilakukan, ajak mereka utk melakukan JV dengan situasi menang-menang. Kami juga ada mengendalikan servis ini bagi mereka yang ingin berurusan dengan pengusah kereta sewa dan pemilik syarikat pelancongan yang bersama rangkaian kami.
- Ingin membuat pinjaman sementara dalam jangka masa yang pendek. Dalam situasi terdesak, ramai memerlukan tunai untuk meneruskan kehidupan. Dalam masa yang sama, mereka berasa sayang untuk melepaskan kereta kesayangan mereka. Dengan kaedah sambung bayar, pemilik kereta juga boleh menggunakan kaedah ini untuk membuat pinjaman sementara dalam jangka masa yang pendek bagi mendapatkan tunai. Kereta juga boleh ditebus semula! Menarik bukan?
- Masih ingin membuat pinjaman lain dengan bank. Rata rata mereka yang mempunyai hutang kereta yang tinggi akan melepaskan kereta dengan kaedah sambung bayar untuk membuat pinjaman lain. Sebagai contoh jika seseorang itu ingin melakukan pinjaman perumahan untuk memiliki rumah. Mereka pasti terfikir jika hutang kereta tidak dibayar, pasti bank akan sukar untuk memberikan pinjaman perumahan. Dengan menjual kereta dengan cara sambung bayar, hutang kereta dibayarkan oleh orang lain dan pinjaman perumahan pun boleh diperolehi.
- Ingin menukar kereta yang rendah bayaran bulanan. Faktor ekonomi yang tidak stabil ditambah dengan keadaan ramai yang dibuang kerja membuatkan ramai menukar gaya hidup. Kalau dulu memandu sebuah Honda Civic dengan bayaran bulanan RM1900, apa salahnya di waktu sedang diduga ini kita bertukar kepada kereta lain yang bayaran bulanannya sekitar RM600-RM700 sahaja. Ini adalah salah satu cara terbaik daripada kita terpaksa menanggung bayaran bulanan yang tinggi yang kita tahu akhirnya akan membunuh kita jua.
Proses dan prosedur jual kereta sambung bayar

Kesimpulannya, menjual kereta dengan cara sambung bayar terdapat banyak kelebihannya. Selain itu, risiko-risiko kerugian menjual kereta dengan cara sambung bayar juga dapat dielakkan dengan syarat kita bijak memilih untuk berurusan dengan syarikat lama yang sudah berpengalaman dan dipercayai. Banyak masalah kewangan peribadi telah berjaya diselesaikan dengan kaedah penjualan kereta sambung bayar ini. Semoga kaedah ini juga dapat membantu menyelesaikan masalah masalah orang lain juga. InsyaAllah.
P/s: Jangan jadi seperti dalam gambar/artikel di atas.